Prinsip Indemniti

Prinsip indemniti

Prinsip indemniti penting dalam insurans. Berdasarkan prinsip ini, perlindungan insurans akan membayar kerugian anda dengan meletakkan anda pada keadaan yang sama sebelum anda mengalami kerugian. Memandangkan anda akan dibayar berdasarkan hanya kepada jumlah kerugian yang ditanggung, anda tidak boleh ‘mendapat keuntungan’ daripada tuntutan insurans motor. Oleh yang demikian, sekiranya kenderaan anda melebihi usia lima tahun, ‘betterment’ akan dikenakan.

 ‘Betterment’ terjadi jika semasa membaiki kerosakan kenderaan akibat kemalangan, alat lama diganti dengan alat francais baru. Selaras dengan prinsip indemniti, anda akan menanggung perbezaan kos terbabit kerana dengan alat francais baru tersebut, anda kini berada dalam keadaan yang lebih baik selepas kemalangan. Walau bagaimanapun, pengenaan ‘betterment’ adalah atas budi bicara syarikat insurans anda. Sekiranya syarikat insurans anda mengenakan ‘betterment’, ia hendaklah menurut skala standard ‘betterment’ yang diguna pakai oleh industri seperti berikut:

Umur Kenderaan Peratusan Betterment
Kereta 01 – 04 0 %
Kereta 05 Tahun 15 %
Kereta 06 Tahun 20 %
Kereta 07 Tahun 25 %
Kereta 08 Tahun 30 %
Kereta 09 Tahun 35 %
Kereta 10 Tahun dan Keatas 40 %

Sebagai contoh, anda ingin alatan kenderaan anda yang telah rosak itu digantikan dengan alatan ganti original maka anda perlu membayar harga alatan ganti itu mengikut peratusan yang telah ditetapkan oleh industri;

Sekiranya kereta anda berumur 8 tahun dan anda ingin bengkel mengantikan alatan kereta anda dengan alatan baru original maka, anda perlu menanggung 30 % daripada harga alatan ganti itu.

Contoh; harga alatan ganti berharga RM900.00, maka 30 % daripada RM 900.00 adalah RM 270.00. Jadi anda perlu membayar kepada bengkel sebanyak RM270.00 jika mengikut Prinsip indemniti dalam insurans. Namun semua ini boleh dielakkan dengan memilih alatan ganti baru tempatan. Pihak bengkel selalu akan terang dan minta anda buat keputusan dan pembandingan.

Sekian info dari Agensi Suria Padu, semoga info ini bermanfaat untuk pembaca dan juga pengguna di luar sana.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s