LLTP Membela Pemandu Jika Didakwa!

Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman atau kurang berpengelaman dalam pemanduan, kadang – kadang tanpa kita sedari kita akan melakukan beberapa hal yang boleh meletakkan diri kita dan penumpang yang kita tumpang di dalam kereta berada dalam bahaya kemalangan, sama ada ianya kemalangan teruk atau tidak ianya begantung pada takdir yang kita tidak pernah akan tahu bila, di mana, bagaimana, bersama siapa ianya akan berlaku.

Menurut Laman Web Rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Polis Diraja Malaysia turut mengeluarkan perangkaan yang menunjukkan bahawa 30.7 peratus kemalangan maut disebabkan oleh pemandu memotong dengan cara yang berbahaya, 26.5 peratus kerana pemandu memandu melebihi had laju, 8.1 peratus kecuaian semasa masuk atau keluar simpang dan 6.3 peratus kerana pemandu mengekor terlalu rapat dengan kenderaan lain. Semuanya berdasarkan sikap pemandu itu sendiri. Manakala, berdasarkan unsur luaran pula menunjukkan bahawa 67 peratus punca kemalangan adalah disebabkan oleh sikap pemandu, 28 peratus berpunca dari keadaan alam sekitar dan 5 peratus adalah disebabkan kerosakan teknikal.

Sumber : http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7733-sikap-pemandu-punca-nahas-jalanraya

Sebagai Pemandu dan Pemilik Kenderaan anda perlu Tahu bahawa adalah penting untuk anda membeli insurans Legal Liability To Passengers iaitu (LLTP). Penambahan Klausa ini di dalam Insurans Kenderaan Komprehensif atau Third Party, Fire & Theft anda adalah amat digalakkan supaya Pihak insurans akan Membantu anda disaat sekiranya anda disaman oleh Penumpang atau Waris Penumpang anda disebabkan oleh Kecuaian anda.

Legal Liability To Passengers (LLTP)

LLOP atau mengikut sebutan penuhnya ialah Legal Liability To Passengers for Negligent Acts. Maksudnya adalah pemandu kenderaan yang membawa penumpang dan memandu secara cuai dan menyebabkan kematian atau kecederaan kepada penumpang akan dilindungi oleh pihak insurans sekiranya pemandu disaman oleh penumpang atau waris mereka.

Memang cukup bahaya bawa penumpang dalam kenderaan anda. Walaupun penumpang tersebut adalah keluarga terdekat seperti anak – anak, suami atau isteri, adik beradik, ibu bapa, mertua, abang  atau kakak ipar, saudara mara terdekat atau jauh dan juga sepupu sepapat apatah lagi kawan-kawan atau rakan sekerja yang tiada pertalian darah

Jika anda masih kurang Jelas saya akan bawakan satu situasi kepada anda;

Situasi 1:

Anda dan rakan karib anda merancang untuk bercuti beramai ramai, disebabkan jumlah anda semua lima orang, jadi anda memutuskan untuk mengunakan kereta anda sebagai kenderaan sepanjang percutian, kereta anda diinsuranskan dengan insurans komprehnsif yang akan melindungi kereta anda jika ianya rosak akibat kemalangan, hilang, terbakar disebabkan oleh kemalangan, dan juga perlindungan parti ketiga. Selain itu anda juga ada membeli PA yang akan melindungi anda serta Penumpang anda.

Malang tidak berbau, akhirnya anda Kemalangan kerana anda cuba mengatur GPS anda untuk ke Freeport A’Famosa Outlet ketika memandu, disebabkan itu anda terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkan kederaan pada diri sendiri dan beberapa rakan anda, yang paling teruk terdapat seorang rakan anda meninggal disebabkan kecuaian anda.

Walaupun anda membeli PA, anda takkan dilindungi dari disaman oleh rakan – rakan serta waris rakan anda kerana memandu dengan cuai yang mengakibatkan kevederaan dan kematian, ianya boleh mencecah ratusan juta! ADAKAH ANDA SUDAH MEMPUNYAI SIMPANAN UNTUK BAYAR SAMAN MEREKA??

Oleh itu, Penambahan Insurans LLTP sangat Penting untuk anda kerana penambahan untuk insurans ini bergantung pada CC kereta anda dan bilangan tempat duduk, paling tinggi untuk tempat duduk lima orang adalah RM60, namun ianya dapat menghindarkan diri anda dari disaman mungkin mencecah ratusan ribu ringgit.

Anda boleh Berfikir dengan Sendiri!

Terima Kasih

accident720566

(Gambar Sekadar Hiasan Sahaja)
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s