Bencana Alam Sukar Diramal

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Pada Tanggal 12 May 2016, 11:59 pm telah berlaku kejadian banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur. Kejadian paling teruk dilaporkan berlaku di sekitar Jalan Duta dan Laluan Masuk Universiti Malaya (UM).

Untuk Artikel Penuh, Sila Layari Portal Malaysia Kini

Malaysia Kini

Kepada Semua Pengguna di luar sana, adakah anda sudah sedia untuk menghadapi bencana alam yang mungkin akan membadai anda hari ini? esok? atau lusa?, namun, semua itu ketentuan dan takdir, kita hanya mampu merancang dan berhati hati.

BAGAIMANA CARA KITA HATI – HATI?

Musim hujan lebat di negara ini menimbulkan  kebimbangan dalam  kalangan pemilik kenderaan tentang risiko kenderaan mereka ditenggelami air banjir. Walaupun telah mengambil langkah berjaga-jaga seperti tidak meletak kenderaan di tempat letak kereta yang rendah dan sering dinaiki air serta mengelak daripada melalui kawasan yang sering dilanda banjir semasa hujan lebat, namun kenderaan masih juga boleh ditenggelami air banjir. Oleh itu, kita selalu tertanya-tanya sama ada kita boleh membuat tuntutan insurans bagi kerosakan yang diakibatkan oleh banjir.

Secara amnya, polisi insurans kereta komprehensif memberikan pampasan bagi musibah seperti kerosakan atau kehilangan kenderaan akibat kemalangan, kebakaran mahupun kecurian. Akan tetapi, kerosakan akibat banjir atau apa-apa rentetan daripada banjir dianggap sebagai bencana alam dan kerosakan kenderaan akibatnya disenaraikan sebagai risiko yang TIDAK dilindungi oleh polisi insurans kenderaan. Antara kerosakan atau kehilangan akibat banjir yang tidak dilindungi ialah:

  • kerosakan terhadap kenderaan yang ditenggelami banjir
  • kehilangan kenderaan akibat hanyut semasa banjir
  • kebakaran dan letupan kenderaan akibat dimasuki air banjir
  • kemalangan terhadap kenderaan dengan objek yang dihanyutkan air banjir seperti batang pokok

Selain banjir, bencana alam lain yang tidak dilindungi termasuklah:

  • gempa bumi dan situasi rentetan daripadanya seperti ombak besar/tsunami, tanah runtuh (dan rentetannya seperti letupan gas atau kebakaran akibat gangguan elektrik berikutan tanah runtuh), dan ribut petir (dan rentetannya seperti kerosakan akibat kenderaan dipanah petir semasa ribut).

Walau bagaimanapun, pemilik kenderaan boleh membeli perlindungan tambahan terhadap kerosakan atau kehilangan akibat banjir dengan membeli perlindungan tambahan semasa membeli polisi insurans kenderaan mereka. Perlindungan ini juga terpakai untuk risiko bencana alam yang lain seperti gempa bumi, tanah runtuh dan ribut petir.

Perlindungan tambahan ini dikenakan caj premium tambahan sebanyak 0.5% daripada jumlah yang diinsuranskan. Sebagai contoh, sekiranya kenderaan diinsuranskan sebanyak RM50,000, pemilik kenderaan akan dikenakan premium tambahan sebanyak RM250.

IMG-20160513-WA0014

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s