Kecuaian Penumpang Membawa Padah!

Seringkali Sebuah Keluarga, Sahabat Handai atau Rakan Sekerja keluar untuk berseronok dengan menaiki satu Kereta, Sebagai Pemandu dan Pemilik Kenderaan anda perlu Tahu bahawa adalah penting untuk anda membeli insurans Legal Liability Of Passanger iaitu (LLOP). Penambahan Klausa ini di dalam Insurans Kenderaan Komprehensif atau Third  Party, Fire & Theft anda adalah amat digalakkan supaya Pihak insurans akan Membantu anda di saat sekiranya anda di saman oleh pihak ketiga di atas kecuaian PENUMPANG ANDA!

Legal Liability of Passengers (LLOP)

LLOP atau mengikut sebutan penuhnya ialah Legal Liability of Passengers for Negligent Acts. Maksudnya adalah tindakan kecuaian oleh penumpang kenderaan anda yang menyebabkan kerugian atau kerosakan kepada pihak ketiga.

Memang cukup bahaya bawa penumpang dalam kenderaan anda. Walaupun penumpang tersebut adalah keluarga terdekat seperti anak – anak, suami atau isteri, adik beradik, ibu bapa, mertua, abang  atau kakak ipar, saudara mara terdekat atau jauh dan juga sepupu sepapat.

Jika anda masih kurang Jelas saya akan bawakan satu situasi kepada anda;

Situasi 1:

Andaikan ketika itu anda sedang membawa anak anak keluar untuk berseronok, kemudian anda singgah di sebuah kedai untuk membeli barangan runcit disamping anda membeli pelbagai barang lain untuk anak seperti minuman ringan dalam tin mahupun botol, kemudian dalam perjalanan pulang, anak anda telah membuang tin/botol tersebut ke luar melalui tingkap kenderaan anda, dan akibatnya sebuah motosikal tergelincir kemudian dia dilanggar oleh sebuah kenderaan lain lalu meninggal.

Anda sebagai Pemandu dan pemilik Kenderaan akan disaman oleh Keluarga penunggang motosikal atau Penunggang  itu sendiri (Jika dia tak meninggal) kerana Penumpang anda Penyebab utama dia Jatuh dan dilanggar.

Oleh itu, Penambahan Insurans LLOP sangat Penting untuk anda kerana dengan membayar RM7.50 + 6 % GST anda dapat menghindarkan diri dari di saman mungkin mencecah ratusan ribu ringgit.

Anda boleh Berfikir dengan Sendiri!

Terima Kasih

ProductLiabilityHeader

(Gambar Sekadar Hiasan)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s